Informasi

Jangan Panaskan Makanan Dalam Microwave

Sebelum ni suka sangat panaskan makanan dalam microwave. Masalahnya panaskan dalam microwave tak elok sangat untuk kesihatan. Bukan tak elok sangat, memang tak elok pun. Tapi kami tetap guna juga sesekali bila nak panaskan masakan semalam.

Apapun kalau nak panaskan ayam goreng kfc, donut frozen goreng masak, keropok lekor atau yang seangkatan dengannya lebih baik guna Air Fryer tau. Sebabnya masa goreng pertama kali dah guna minyak banyak, bila nak panaskan kali kedua guna minyak lagi. Masakan macam ni tak sedap panaskan dalam microwave sebab dia jadi lembab2 gitu.

Kalau panaskan dalam Air Fryer dia garing dan sebaiknya guna suhu yang rendah dah masa yang minima. Ye la kan masakan tu dah masak dan sedia dimakan cuma sejuk beku je.

Jom Diet Sihat & Selamat dengan NEUTROCUT

Kalau masak French Fries pun sedap tak pun Wedges. Tapi, sebab kan airfryer ni guna system udara, masakan akan cepat sejuk dan sedikit keras bila sejuk. Best dimakan ketika panas2.

KSya suka masak guna Airfryer kalau goreng French Fries atau Wedges. Senang, masukkan dalam airfryer dan set suhu kemudian tunggu je masak terus boleh ngap dengan gembira. Nak lagi best, renjis-renjis sedikit minyak atas makanan.

Lagi satu yang selalu KSya masak guna airfryer ni, goreng daging burger. Memang elok sangat sebab boleh nampak minyak mencurah2 keluar dari jaring. Tapi jangan amalkan selalu sebab makanan frozen kan. Better elakkan terus kalau mampu 😁

Kalau nak goreng ikan dalam Air Fryer, pastikan minyak tu sebab tak nak bagi kering. Memang sedap tau, boleh nampak ikan tu berminyak tapi tak de berminyak macam goreng dalam kuali. Memang sangat bagus dan tersangat mejimatkan minyak. Walaupun bukan goreng dalam kuali, tapi rasa tetap sama macam ikan goreng. Kali ini ikan goreng kurang minyak dan sihat. Cuba la kalau nak tahu.

Masalah JERAGAT? Kini tak de masalah lagi dengan Set Premium Haus Cosmetics

Lepas tu kan, dah tak payah nak risau2 masakan hangit sebab terlupa kes dok balas mesej kat whatsapp ambil order Neutrocut πŸ˜…

Dulu beli AirFryer kat lazada. Harga pasaran RM699 tapi sales di Lazada dapat RM199 sahaja. Memang sangat jimat dan kualiti pun ok. Dah guna dekat setahun jugak, masih dalam keadaan baik. Sangat puas hati. Cuma tak boleh nak heavy duty.

Jadi Ksya buat pelaburan sket la, beli yang tahan lasak brand Philip. Walau mahal tapi sangat berbaloi tau. Tak de la beli cash, main kutu geng Amway. Sebab tak de la nak urgent, janji ada dalam koleksi.

Bulan puasa lepas, selalu masak kuih bakar dalam ni. Sedap sangat, anak2 pun suka. Hubby pun selalu request, katanya sedap. πŸ˜‹

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *