About

Assalamualaikum dan hi semua. Selamat datang ke blog MyHalalKosmetik[dot]com. Terima kasih sudi singgah sini.

KSya dah lama juga dalam dunia blogger ni. Dulu lebih sinonim dengan SyamilaMohd[dot]com bermula dalam tahun 2008. Pernah dapat beberapa job dari perlbagai pihak untuk iklankan produk mereka. Kiranya blogger aktif la zaman dulu. hehhehe

Atas sebab tertentu, family of course blog akhirnya terbiar dan terpaksa dibiarkan terkubur bersama beberapa info penting. Dah buat backup mana yang patut, Insya Allah post yang penting akan dikongsikan juga di sini untuk manfaat kita semua terutama dalam bab penjagaan kesihatan.

KSya suka menulis panjang-panjang. Tak seperti di facebook penulisan pendek lebih digemari ramai. Sebab tu KSya suka berblog. Boleh tulis panjang-panjang info yang kita nak kongsikan.

Alhamdulillah, August 2020 ni KSya akan mulakan lagi sekali aktif dalam dunia blog. Tapi kali ni kita fokus pada dunia kecantikan dan kesihatan.

Stay tune. πŸ™‚