
5 Tips Bagaimana Nak Promosi Bisnes Online
5 TIPS BAGAIMANA NAK PROMOSI ONLINE
1. Promosi guna poster yang besar dan jelas. Tak serabut dengan info sampai gambar dah tenggelam dasar lautan. Prospek biasa nak tengok gambar product dulu wow ke idok. Baru baca info.
Lagi bagus kalau cuba buat poster sendiri. Banyak application canggih2 kat henpon korang. Contoh mudah download apps Posters.
2. Update secara konsisten kat facebook wall. Kalau suam suam kuku, jap ada jap tak de tu kan, prospek pun tak yakin dengan kita. Betul ke seller ni nak menjual or main chak chak je. π
Sila la rajin kan diri update. Dah tepu sangat, pi korek post lama dan repost balik. Ala follower korang tak kan ingat la post lama2 tu, kita bagi refresh je balik. Settle masalah.
3. Buat live share info atau video unboxing product. Kalau dah malu sangat tak leh bincang, tunjuk tangan udah ler. Asal nampak product tu macam mana. Suara tu bagi kuat dan meyakinkan.
Ramai suka tengok video dan dengar kita dok borak2 dari membaca. Tau kan orang kita, kalau baca pun tajuk je pun. Lepas tu mula la membawang ntah pape. π€£
4. Share aktiviti bisness, info dan testimoni product. Dah nama pun berniaga kan, kena la tunjuk kebaikan dan kelebihan product yang kita dok jual tu. Baru la prospek percaya. Selang selikan dengan info berkaitan product.
Contohnya bahan utama product Haus Skin adalah Blood Orange. Jadi, share info kebaikan blood orange ni pada kesihatan kulit. Nak cari kat mana info? Pi tanya pakcik google. π
5. Last, sesekali share la kata2 motivasi dan inspirasi atau apa saja yang boleh memberi kebaikan untuk semua. Cari je quotes atau gambar yang berkaitan dan share kat fb wall/wasap status.
Jangan dok update bisnes je manjang, prospek ni kalau bab bisnes biasa dorang scroll je lelaju. Kita bagi dorang dok dendiam jap up yang santai2 dan berinspirasi.
Itu sahaja tips yang tak seberapa dari ku khas untuk anda. Jom lawat my page MyHalalKosmetik untuk lain2 tips & product info. π
Sila LIKE & SHARE jika rasa ianya bermanfaat untuk rakan2 anda. π₯°
#myhalalkosmetik
#hauscosmetics
#hausskin
Comments
Interesting